Wednesday, February 1, 2012

Miftah Al Ilmi~kuliah malam.bertalaqqi

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

KULIAH MALAM. BERTALAQQI
Kehidupan sebagai pelajar Kolej Islam As Sofa bermula. Sesungguhnya hati ini tertaut tatkala pertama kali mengahadiri majlis ilmu. Pada malam 1 Januari 2012, buat pertama kalinya ana mengenal apa itu Qasidah. Dan sememangnya ana terkejut kerana tatkala kesibukan tengah-tengah kota metropolitan masih ada rupanya insan-insan yang dipilih olehNya untuk berada di majlis ilmu tersebut tanpa mengira darjat dan pangkat. Sungguh syahdu dan sebak hati ini.Tatkala itu, hati ini sudah jatuh kasih dan sayang terhadap tempat yang penuh dengan keberkatan dan tak terungkap kebahagiaan di hati ini kerana tergolong dalam kalangan yang dipilihnya:)Alhamdulillah.

Dan setiap malam hati ini diberi makan dengan ilmu melalui kitab-kitab turath yang semangnya ana yang jahil ini tidak pernah kenalinya seperti Minhajul Abidin.Muniyatul Musolli.dan pelbagai kitab-kitab lain.Dan ana juga belajar apa itu talaqqi. Kami bertalaqqi bersama ikhwan-ikhwan yang hadir dan kami bersama-sama belajar dan diajar serta disyarah oleh syeikhuna dan ustaz-ustaz.