Bismillahirahmanirahim,
Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.
Raut wajahnya cukup mendamaikan. Buat pertama kalinya hati ini terpaut. Pertama kalinya juga ana mengenali seorang ulama'. Nikmat Allah yang sangat besar telah diberikan kepada hambanya yang lemah.kerdil lagi hina ini. Bertuahnya ana kerana tergolong dalam insan-insan yang terpilih. Alhamdulillah. Segala puji bagiNya.
Disinilah ana mengenali Murobbi.Syeikhuna.Waliduna. Al Fadhil Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki. Secara peribadinya ana boleh mengatakan bahawa sifat Walid yang sangat memuliakan penuntut ilmu sungguh ana kagumi. Malah Walid sangat disayangi oleh guru-gurunya. Beliau juga sangatlah sayang akan anak-anak muridnya dan sifat tawadhuk terserlah dalam dirinya. Secara jujurnya ana sangat sayang akan Walid. Dialah bapa ruh. murobbi tercinta. syeikh yang dihormati.

Sesungguhnya hati ini tidak taksub tetapi cinta. Kata-kata Ukhti Hajar yang tersemat dihati ~Taksub ini datang apabila, kita membenarkan kesalahan atau dosa yag dibuat oleh orang yg kita sayang yang terang terangan itu adalah salah.