Friday, November 16, 2012

Kolej Islam As Sofa:)uhibbukum jiddan




Bismillahirahmanirahim,Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.


Ini KISAH Kolej Islam AS-Sofa :~



1) Kami di didik CINTAKAN ALLAH & RASUL.

- Syeikh selalu pesan pada kami supaya lakukan semua kerana Allah dan Rasul. Perbetulkan

 niat apabila lakukan sesuatu. Syeikh pesan supaya kami berkhidmat untuk Allah dan Rasul.

 Syeikh pesan supaya kami PERTAHANKAN Rasulullah s.a.w. tatkala ahli-ahli bidaah

 menghina Nabi. Syukran Syeikh. (^_^)



2) Kami di didik supaya BERADAB.

- Syeikh didik kami dengan tradisi ilmu para ulamak. Ulamak terdahulu meme
ntingkan

 adab terlebih 
dahulu. Zaman skrg, ramai murid yang bersifat tidak beradab kpd guru.

 Kami dididik muliakan guru / ahli ilmu dan ikhwan. Kalau tak percaya, try lah dtg sini. 

Sekaligus adab terhadap keluarga juga turut berubah.

 Syukran Syeikh.:-)



3) Kami di didik untuk mengenali Kitab-kitab Thurath.

- Setiap hari kami talaqqi Kitab Thurath. Syeikh kenalkan kami dgn byk kitab. Mcm kitab 

Hidayatus Salikin, Munyatul Musolli, Minhajul Abidin, Hikam, Tajul Urus dll. Pertama kali 

saya dapat khatam Kitab Syamail. Kami bertalaqqi setiap hari. Walau syeikh penat,

 syeikh akan cuba dtg ajar kami. Walau syeikh tidur lewat, syeikh dtg jgk. 

Syukran walid.:)


4) Maktabah / Perpustakaan kami ada ribuan Kitab.

- Dari bidang hadith, fiqh, tasauf, aqidah, manaqib, maulid, dll. Bahasa melayu dan 

bahasa arab. Kaya dgn kitab. Syeikh ambil kitab dari seluruh dunia. Insyaallah untuk  

Universiti As-sofa syeikh beli lagi byk kitab, lebih 100 ribu kitab. Jadi soal rujukan tu 

dapat dipelbagaikan. Mekasih Syeikh. Syg Syeikh.♥


5) Ustaz dan ustazah macam adik beradik kami

- Tak pernah di Kolej lain atau tempat pengajian lain yang pengajarnya turun sama-sama

 untuk main futsal dgn pelajar. Walau penat, ustaz kami layan kami. Main bola dgn kami 

(pelajar lelaki) . Ustaz di sini bukan hanya prihatin di dalam kolej tapi di luar kolej juga.

 Ustaz selalau belanja kami makan2. Kalau ada masalah duit pun ustaz tolong. 

Sayang asatizah sofa.(^_^)



6) Kami belajar ilmu secara bersanad.

- Zaman mutaakhir ni kita sangat bimbang jika ilmu yang kita ambil itu tidak sohih. 

Jadi pentingnya ilmu secara bersanad. Yakni ilmu yang daripada Rasulullah kepada

 masyaikh kepada masyaikh hinggalah kepada kami. Maknanya pertalian dan penurunan 

ilmu itu dapat dilihat dgn jelas sumber ilmu itu daripada apa. Alhamdulillah, kaedah 

pembelajaran kami sama spt mana kaedah pembelajaran Para Ulamak.


7) Kami belajar sistem pondok tetapi bersifat MODEN.

- Kaedah di sini sama seperti sistem pondok, bertalaqi tetapi lebih moden. 

Buktinya kemudahan di sini sangat baik. Kelas kami beraircond, dan lengkap alatan 

kemudahannya. Kadang kala kami perlu lakukan perbentangan. Di sini juga di terapkan

 subjek IT, di mana kami mempelajari lebih dlm tentang IT. (Di ajar dari buat blog 

sampailah lebih terperinci). Cabang ini jg boleh digunakan sbg medan dakwah.


8) Kami berQASIDAH setiap hari.

- Sebelum menadah kitab setiap malam, kami kan dihidangkan dengan alunan qasidah

 yang dapat mengeyangkan ruhani kami. Masyaallah, sungguh ada SIR daripada qasidah. 

Qasidah yg berintikan selawat / doa / zikir dapat melembutkan hati dan mencuci hati. 

Amat elok di baca sebelum menadah ilmu. Byk sangat qasidah yg kami belajar disini.


9) Selalu jumpa ULAMAK.

- Setiap bulan mesti ada ulamak yang akan ziarah Al Musnid Syeikh Fuad Kamaludin Al 

Maliki. Yayasan Sofa juga selalu laksanakan program yang besar2, sebagai contoh baru2 ini 

program Seminar Antarabngsa & Maulid Akbar di Masjid Besi. Ramai sangat Ulamak A'lim 

yg dtg termasuklah Habib Ali AlJufri. Sekaligus dapat menemukan kami dgn para ulamak. 

Rasa nikmat sgt :)


10) Kami dididik untuk BERKHIDMAT.

- Jujurnya, dulu kami selalu ngelat untuk laksanakan khidmat pada ummah. Kami liat nak 

bantu org. Tapi di sini ustaz2 didik kami dan cerita pada kami sir (rahsia) berkhidmat

 kepada ummat Nabi Muhammad lebih-lebih lagi berkhidmat untuk ahli ilmu. 

Kami seronok berkhidmat. Anda mungkin akan terkejut jika melihat ada di antara kami 

yang susun seliper, siram pokok bunga, lap tingkap, buang sampah, cuci toilet, vacum 

karpet. Wallahi, di kolej kami tak ada cleaner. Khidmat ini ialah sunnah para sahabat

 kepada Rasulullah. Sunnah para ulamak juga. Jadi sewajarnya kami yg menuntut ilmu ini

 turut berkhidmat. Semakin byk khidmat semakin dibuka futuh.


11) Kami dapat banyak ijazah dan dapat byk hadith musalsal.

- Syeikh kami almusnid hadith, org yg a'lim dalam bidang ilmu hadis. jadi banyak ijazah

 yang diberikan kepada kami. Hehe. Jgn jeles ye.


12) Kami selalu MAKAN FREE. Ngeh3. :p

- Seminggu sekali ada jamuan untuk semua ikhwan, jadi semua pelajar dapat makan free. 

Kadang makan sate, nasi lemak, kek. Fuh nikmat. Selalu ikhwan2 sofa belanja kami

 makan. Ustaz pon selalu belanja. Murah rezeki. Syeikh pesan, jgn risau rezeki penuntut 

Ilmu, Allah jamin. Jadi ini buktinya. Alhamdulillah.

 Terima ksh semua. :D


13) Kami di didik untuk laksanakan program besar-besaran.

- Dari menaip kitab-kitab, aturcara sesebuah majlis hinggalah melaksanakan majlis,

 Pengalaman ini sangat penting untuk kami jadi pakaian supaya boleh berdikari di masa 

hadapan.


14) Diploma kami hanya 2 TAHUN !!

- Program diploma yang ditawarkan di sini hanya 2 TAHUN sahaja, kemudian boleh

 sambung degree ke Jordan selama SETAHUN. Jimat masa entum. Kalau nak sambung 

Universiti Assofa pula 2 tahun. Jimatkan. Hehe. Tp kawan2, ilmu bukan disandarkan kpd

 usia, kite tetap menuntut ilmu hingga liang lahad. Bahkan mungkin juga di alam barzakh

 seumpama nikmat yg diberikan kpd ahlillah untuk beribadat dan membaca kitab di alam 

barzakh.


15) Menerima anda walaupun anda bukan lepasan Sekolah Agama.

- Disini kami menerima anda walaupun anada bukan lepasan sekolah agama, berbeza dgn 

kolej islam yg lain. Cumanya ada hanya perlu untuk mengikuti kursus bhs arab shj. Saya

 juga lepasan SPM aliran sains, 


16) Ada bantuan PTPTN

- Bagi yang tak berkemampuan macam saya, boleh dapatkan bantuan PTPTN selepas dapat

 surat tawaran kolej ni. Hehe. Jadi jgn risau soal duit ya. :)


17) Dibawah pemantauan Ulama Ahli Sunnah Waljamaah

- Terdapat ramai Ulamak yang menyokong dan sudi untuk menjadi penasihat Kolej kami. 

Bukan sembarangan ulamak. Bukan Ulamak dalam negara sahaja tetapi Ulamak

antarabangsa yang DIIKTIRAF keilmuannya spt Prof.Dr.ABdul Razzaq Al-Sa'adiy,

 Dr.Abdal Hakim Murad, Sayyid Ahmad Sayyid Muhammad Bin Al-Maliki Al-Hasani, 

Prof.Dr.Usamah Muhammad Al-'Abddan lain-lain lagi.. :)

 
P/s : Itu hanyalah rahsia secara zahir. Banyak sangat keistimewaan Kolej ini berbanding 

kolej lain yang saya tak dapat untuk lampirkan di ruang yg sempit ini. Mungkin anda akan

 rasa "tak nak balik rumah" bila sampai disini. (^_^)

Ayuh KAWAN2, sebar-sebarkan berita gembira ini. Bantu shbt dan keluarga anda untuk

 capai MAKRIFATULLAH.

Al Fatihah buat Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Masyaikh, buat Murobbi tercinta juga 

buat Ibu dan Ayah yang di rindui.

Semoga pahala hasil daripada usaha ini di salurkan buat ibunda dan ayahanda tercinta.

Jika berminat untuk mengetahui perihal lebih lanjut tentang Kolej Islam As-Sofa, sila

 hubungi :

Ust.Sufi 010-4001019 , Ust.Naim 019-8285019


~ Boleh ke PAGE Kolej Islam As-Sofa : http://www.facebook.com/assofacollege

~ Boleh ke Web Y.S : http://yayasansofa.com/v2/


-YA SALAM..RINDU KOLEJ JIDDAN-

Tuesday, November 13, 2012

Bachelor of English and Literature ---> English International Communication


Bismillahirahmanirahim,Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Alhamdulillah..walaupun segusar mana hati ni..tetap masih bersyukur atas segala nikmat yang telah diberi oleh Al Khaliq. Lets straight to the point okey :)Petang td, result change course keluar..Maka dengan rasa hati yang berbaur..lepas bertawassul, baca yassin bagai..saya pun check lahh..Unfortuneatlly...


            ---------  125--- change course from BEN to ENCOM -> ACCEPTED----------


Sekali lagi..hati ni sayu..Wallahi..tak rasa apa apa..happy tak.sedih pun tak..Memang sejak awal lagi saya telah meletakkan sepenuhnya tawakkal kepada Allah.Pada mulanya nak tukar ke LAW (my first choice as well my dream since in secondary school) then ibu ayah kate English International Communication much better.banyak peluang kerja. Walhal dalam hati ni, nak jadi Lecturer English kat AS SOFA ISLAMIC COLLEGE. Tu pun impian lepas redha tak dapat nk ambil Law. After Istikharah..NEKAD juga nak tukar ENCOM kerana bila fikir balik..Keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan IBU BAPA bukan ? Atas alasan itu juga saya Tabahkan diri.Cekalkan hati uruskan segala urusan untuk tukar kos yang sememangnya sangat complicated. Jumpa Dean IRK Department-kene Interview. Then kene lagi Interview dekat English and Management Department. Penat ! Letih ! Akhirnyaaaaa..ini keputusnnya kan?Apa yang pasti saya perlu belajar untuk terima bahawa ini yang terbaik untuk saya Demi Keluarga.Agama.Masa Depan saya..Ensya Allah :) Saya akan cuba redha.pasrah.cuba lakukan yang terbaik. Percayalah rezeki ada dimana mana. Dengan kehendak Allah kan ? Semua perkara pasti berlaku.

So after this..i'm become ENCOM students. Sebenarnya inilah peluang kerana course ini terhad kepada kurang dari 70 orang shj (kalau tak silap). Nanti kami akan study di Muar..bukannya di Main Campus, Gombak. Then setahun practical di overseas. Ensya Allah. Kalau ada rezeki boleh sambung keje terus as Ambassador. Then still..MUNIRAH FIGHTING ! Bak kata kak Farah skor kencang kencang kan ? I will..Everyone pray for me :) Demi Allah dan Rasulnya.Demi Agama.Demi ASWJ.Demi IbuAyh.Demi Adikadik.Demi keluarga tersayang. Saya akan cuba yang terbaik. Belum cuba belum tahu kan ?



#Lepas ni kena date dengan dictionary je..banyak lagi nak kene improve right ?





Wednesday, October 31, 2012


Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.


*Copy thi story from Maisarra Aleeya blogs actually:)

I met this story here http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1749.
After I read this story, my tears fell down . Seriously, this story really made me heartwarming. Do read and pleasure to share .



Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.


Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama saja macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend mereka, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa. saya hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Thursday, August 9, 2012

my besties:))

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Nur Aifaa. Miss u my dear. Tatkala sedih.risau.gembira. Dialah yang sentiasa bersama mengingatkan tentang hakikat kehidupan sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Mengingatkan diri yang jahil ini, tentang erti hidup dan ujian yang telah diberi olehNya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Terima kasih sahabat kerana sentiasa berada disisiku tatkala apa jua keadaan dan sabar melayan kerenahku dan kenakalanku.




#my dear.. thanks for being my friend:)hope it will be forever n ever till jannah..Ensya Allah:))





Monday, August 6, 2012

Syukran Ya Allah.Syukran Sahabat.Bersangka baik pada Allah:)

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Tatkala hati ini sedih dan sayu. Ana bersyukur kerana masih ada Dia sebagai tempat mengadu. Cukuplah sekadar minggu ini saja, pelbagai masalah yang timbul. Ujian yang diberikanNya cukup hebat. Bermula dari perancangan untuk balik ke kolej yang tak jadi. Kemudian kuiz subjek Introduction to Human Science . Then, food poisoning. Latest gastrik. Sungguh sesungguhnya banyak dugaan yang buat hati ini kadangkala merungut. Stress. Ditambah lagi kepeningan menghadapi perkara remeh temeh. Belum lagi ditambah ke'tension'nan yang melanda apabila dengar lagu raya tatkala shoppings (walhal baru 15 ramadhan)..

Dugaan mendewasakan kita. Mematangkan fikiran kita. Dan yang paling penting, kita akan merasa dekat denganNya.

Tatkla kesedihan melanda, masih ada sahabat sahabat yang begitu prihatin dan caring untuk mendengar masalah ini dan berkongsi bersama. Merekalah insan yang selalu menguatkan hati ini dan mengingatkan kembali agar diri yang lemah ini tidak tersasar jauh. Sahabatku, terima kasih. Jasa antum hanya Allah dapat membalasnya.

#tatkala sedih tak diberi keizinan balik ke kolej, Nur Aifaa sempat berkata "Kuat semagat. Nak bersama orang yang dirindui banyak cabaran. Allah nak uji sejauh mana kita sabar. Bersangka baik pada Allah";))~Yes .I Do. Ensya Allah.

Sunday, August 5, 2012

Miftah Al Ilmi~Makna Ukhwah

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.


Makna ukhuwah menurut Imam Hasan Al Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.

Belum sempurna imanmu sebelum engkau mencintai saudaramu seperti engkau
mencintai dirimu sendiri.


Iman, cinta, dan ukhuwah. Apabila kita cuba mengertikannya sendiri, apa itu iman, apa itu cinta, apa itu ukhuwah, maka barangkali kurang cukup menjelaskan hubungan di antara ketiga-tiga. Padahal, dari yang cuba saya dalami, ternyata ketiga-tiga adalah suatu mata rantaian yang tak putus, ketiga-tiga menjadi bukti satu sama lain, bukan berdiri sendiri, berasingan, atau mereduksi makna yang satu dengan yang lain. Yang satu menjadi bukti kewujudan yang lain, yang satu menguatkan yang lain. Kesimpulannya, tak ada iman tanpa cinta, sedang cinta akan mempereratkan ukhuwah, sedangkan ukhuwah yang sebenarnya tentu saja dilandasi oleh keimanan yang sama.

Alhamdulillah. Dengan izin Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia memberikan sedikit nikmat pada hambanya yang sorang ini untuk mengecapi kemanisan berukhwah di Kolej Islam As Sofa. Kami sesungguhnya tidak dapat dipisahkan lagi. Saling merindui satu sama lain ibarat sebuah keluarga yang sangat bahagia. Disebabkan sering berkongsi tawa gembira dan duka bersama, hubungan ruh antara kami sangat erat. Makan setalam.tidur sekatil.nangis bersama.solat bersama.qasidah bersama.khidmat bersama. Sememangnya, kami menjaga ikhtilat antara banin dan banat namun kami tetap menganggap dan menghormati mereka yang berlainan jantina sebagai kakak mahupun abang. Do believe me;P. Hubungan sesama banat? Sangatlahhhh erat.
Tak terkata. Fullstop:)

#Secara jujurnya ana sangat merindui kalian;') Semoga kita kekal dalam perjuangan yang suci ini menuju Redha Ilahi. Ensya Allah. Amin.






Friday, June 1, 2012

Centre for Foundaton Studies

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Seriously sememangnya tiada perasaan suka dapat tawaran tersebut. After seharian menangis dan kemudian berbincang dengan ibuayah..Konklusinya masih sama..ana tidak diberikan pilihan lain selain hanya mengikut keputusan mereka. Fullstop.

Sememangnya ana tak menduga ujian sebegini akan datang. Tapi sebenarnya itu tanda kasih sayang Dia terhadap hamba-hambanya. Ana masih merasakan diri ini masih jahil dan perlu mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam lagi. Oleh kerana itulah As Sofa menjadi pilihan utama ana. Namun ana tidak sanggup untuk membantah kerana bagi ana my parents is my priority after Allah SWT and Rasulullah SAW. Munirah Kamaruddin..just accept the Qada' and Qadar and life must go on. Ensya Allah dengan izinNya, ana akan kembali berkhidmat ke As Sofa sebagai seorang pensyarah suatu hari nanti.Amin. Semoga Allah permudahkan jalan ana:)).


CFS (one and half years)-Degree (4 years)-Master(2 years)-Lectures in As Sofa to be.Ensya Allah.

Thursday, March 1, 2012

Miftah Al Ilmi~Dialah Murobbi.Syeikhuna.Waliduna

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Raut wajahnya cukup mendamaikan. Buat pertama kalinya hati ini terpaut. Pertama kalinya juga ana mengenali seorang ulama'. Nikmat Allah yang sangat besar telah diberikan kepada hambanya yang lemah.kerdil lagi hina ini. Bertuahnya ana kerana tergolong dalam insan-insan yang terpilih. Alhamdulillah. Segala puji bagiNya.

Disinilah ana mengenali Murobbi.Syeikhuna.Waliduna. Al Fadhil Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki. Secara peribadinya ana boleh mengatakan bahawa sifat Walid yang sangat memuliakan penuntut ilmu sungguh ana kagumi. Malah Walid sangat disayangi oleh guru-gurunya. Beliau juga sangatlah sayang akan anak-anak muridnya dan sifat tawadhuk terserlah dalam dirinya. Secara jujurnya ana sangat sayang akan Walid. Dialah bapa ruh. murobbi tercinta. syeikh yang dihormati.






Sesungguhnya hati ini tidak taksub tetapi cinta. Kata-kata Ukhti Hajar yang tersemat dihati ~Taksub ini datang apabila, kita membenarkan kesalahan atau dosa yag dibuat oleh orang yg kita sayang yang terang terangan itu adalah salah.

Wednesday, February 1, 2012

Miftah Al Ilmi~kuliah malam.bertalaqqi

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

KULIAH MALAM. BERTALAQQI
Kehidupan sebagai pelajar Kolej Islam As Sofa bermula. Sesungguhnya hati ini tertaut tatkala pertama kali mengahadiri majlis ilmu. Pada malam 1 Januari 2012, buat pertama kalinya ana mengenal apa itu Qasidah. Dan sememangnya ana terkejut kerana tatkala kesibukan tengah-tengah kota metropolitan masih ada rupanya insan-insan yang dipilih olehNya untuk berada di majlis ilmu tersebut tanpa mengira darjat dan pangkat. Sungguh syahdu dan sebak hati ini.Tatkala itu, hati ini sudah jatuh kasih dan sayang terhadap tempat yang penuh dengan keberkatan dan tak terungkap kebahagiaan di hati ini kerana tergolong dalam kalangan yang dipilihnya:)Alhamdulillah.

Dan setiap malam hati ini diberi makan dengan ilmu melalui kitab-kitab turath yang semangnya ana yang jahil ini tidak pernah kenalinya seperti Minhajul Abidin.Muniyatul Musolli.dan pelbagai kitab-kitab lain.Dan ana juga belajar apa itu talaqqi. Kami bertalaqqi bersama ikhwan-ikhwan yang hadir dan kami bersama-sama belajar dan diajar serta disyarah oleh syeikhuna dan ustaz-ustaz.




Sunday, January 1, 2012

my journey of 2012:)

Alhamdulillah..akhirnya..i do miss my blog..kehidupan pada tahun ini sememangnya memberi impak yang besar  dalam hidup ini...sesungguhnya diri yang hina ini amat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Dia untuk kembali ke jalan yang telah ditetapkanNya..bersama insan-insan yang dipilihnya...Syukur tak terhingga kerana tergolong dalam insan-insan yang TERPILIH:)

1 JANUARI 2012




Kehidupan baruku bermula..bersama sama insan yang telah dipilhNya.Sesungguhnya kubersyukur akan nikmat Ilahi kerana hambanya yang satu ini masih diberikan peluang untuk menjadi penuntut ilmu. mempelajari kitab kitab turath.bertalaqqi.qasidah.mengenal makna ukhwah.mengenal erti khidmat.dan yang paling penting mengenal erti murabbi.