Monday, August 6, 2012

Syukran Ya Allah.Syukran Sahabat.Bersangka baik pada Allah:)

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Tatkala hati ini sedih dan sayu. Ana bersyukur kerana masih ada Dia sebagai tempat mengadu. Cukuplah sekadar minggu ini saja, pelbagai masalah yang timbul. Ujian yang diberikanNya cukup hebat. Bermula dari perancangan untuk balik ke kolej yang tak jadi. Kemudian kuiz subjek Introduction to Human Science . Then, food poisoning. Latest gastrik. Sungguh sesungguhnya banyak dugaan yang buat hati ini kadangkala merungut. Stress. Ditambah lagi kepeningan menghadapi perkara remeh temeh. Belum lagi ditambah ke'tension'nan yang melanda apabila dengar lagu raya tatkala shoppings (walhal baru 15 ramadhan)..

Dugaan mendewasakan kita. Mematangkan fikiran kita. Dan yang paling penting, kita akan merasa dekat denganNya.

Tatkla kesedihan melanda, masih ada sahabat sahabat yang begitu prihatin dan caring untuk mendengar masalah ini dan berkongsi bersama. Merekalah insan yang selalu menguatkan hati ini dan mengingatkan kembali agar diri yang lemah ini tidak tersasar jauh. Sahabatku, terima kasih. Jasa antum hanya Allah dapat membalasnya.

#tatkala sedih tak diberi keizinan balik ke kolej, Nur Aifaa sempat berkata "Kuat semagat. Nak bersama orang yang dirindui banyak cabaran. Allah nak uji sejauh mana kita sabar. Bersangka baik pada Allah";))~Yes .I Do. Ensya Allah.

No comments: