Thursday, August 9, 2012

my besties:))

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Nur Aifaa. Miss u my dear. Tatkala sedih.risau.gembira. Dialah yang sentiasa bersama mengingatkan tentang hakikat kehidupan sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Mengingatkan diri yang jahil ini, tentang erti hidup dan ujian yang telah diberi olehNya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Terima kasih sahabat kerana sentiasa berada disisiku tatkala apa jua keadaan dan sabar melayan kerenahku dan kenakalanku.




#my dear.. thanks for being my friend:)hope it will be forever n ever till jannah..Ensya Allah:))





Monday, August 6, 2012

Syukran Ya Allah.Syukran Sahabat.Bersangka baik pada Allah:)

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.

Tatkala hati ini sedih dan sayu. Ana bersyukur kerana masih ada Dia sebagai tempat mengadu. Cukuplah sekadar minggu ini saja, pelbagai masalah yang timbul. Ujian yang diberikanNya cukup hebat. Bermula dari perancangan untuk balik ke kolej yang tak jadi. Kemudian kuiz subjek Introduction to Human Science . Then, food poisoning. Latest gastrik. Sungguh sesungguhnya banyak dugaan yang buat hati ini kadangkala merungut. Stress. Ditambah lagi kepeningan menghadapi perkara remeh temeh. Belum lagi ditambah ke'tension'nan yang melanda apabila dengar lagu raya tatkala shoppings (walhal baru 15 ramadhan)..

Dugaan mendewasakan kita. Mematangkan fikiran kita. Dan yang paling penting, kita akan merasa dekat denganNya.

Tatkla kesedihan melanda, masih ada sahabat sahabat yang begitu prihatin dan caring untuk mendengar masalah ini dan berkongsi bersama. Merekalah insan yang selalu menguatkan hati ini dan mengingatkan kembali agar diri yang lemah ini tidak tersasar jauh. Sahabatku, terima kasih. Jasa antum hanya Allah dapat membalasnya.

#tatkala sedih tak diberi keizinan balik ke kolej, Nur Aifaa sempat berkata "Kuat semagat. Nak bersama orang yang dirindui banyak cabaran. Allah nak uji sejauh mana kita sabar. Bersangka baik pada Allah";))~Yes .I Do. Ensya Allah.

Sunday, August 5, 2012

Miftah Al Ilmi~Makna Ukhwah

Bismillahirahmanirahim,

Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan apa sahaja yang tidak dikehendaki oleh Allah, tidak akan berlaku. Aku mengatahui, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan ilmuNya mecakupi ke atas setiap sesuatu.


Makna ukhuwah menurut Imam Hasan Al Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.

Belum sempurna imanmu sebelum engkau mencintai saudaramu seperti engkau
mencintai dirimu sendiri.


Iman, cinta, dan ukhuwah. Apabila kita cuba mengertikannya sendiri, apa itu iman, apa itu cinta, apa itu ukhuwah, maka barangkali kurang cukup menjelaskan hubungan di antara ketiga-tiga. Padahal, dari yang cuba saya dalami, ternyata ketiga-tiga adalah suatu mata rantaian yang tak putus, ketiga-tiga menjadi bukti satu sama lain, bukan berdiri sendiri, berasingan, atau mereduksi makna yang satu dengan yang lain. Yang satu menjadi bukti kewujudan yang lain, yang satu menguatkan yang lain. Kesimpulannya, tak ada iman tanpa cinta, sedang cinta akan mempereratkan ukhuwah, sedangkan ukhuwah yang sebenarnya tentu saja dilandasi oleh keimanan yang sama.

Alhamdulillah. Dengan izin Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia memberikan sedikit nikmat pada hambanya yang sorang ini untuk mengecapi kemanisan berukhwah di Kolej Islam As Sofa. Kami sesungguhnya tidak dapat dipisahkan lagi. Saling merindui satu sama lain ibarat sebuah keluarga yang sangat bahagia. Disebabkan sering berkongsi tawa gembira dan duka bersama, hubungan ruh antara kami sangat erat. Makan setalam.tidur sekatil.nangis bersama.solat bersama.qasidah bersama.khidmat bersama. Sememangnya, kami menjaga ikhtilat antara banin dan banat namun kami tetap menganggap dan menghormati mereka yang berlainan jantina sebagai kakak mahupun abang. Do believe me;P. Hubungan sesama banat? Sangatlahhhh erat.
Tak terkata. Fullstop:)

#Secara jujurnya ana sangat merindui kalian;') Semoga kita kekal dalam perjuangan yang suci ini menuju Redha Ilahi. Ensya Allah. Amin.